Mohamed Rozaimi

May 20 2024
Mohamed Rozaimi Podcast artwork

Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh, kemudian di Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh sehingga peringkat SPM pada tahun 2000. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Jordan pada tahun 2001 dan mendapat ijazah dalam bidang Syariah di Mu’tah University of Jordan. Selepas pulang ke tanah air, beliau bekerja sebagai guru sandaran di sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh pada tahun 2006. Kemudian diberi peluang berkhidmatdi Majlis agama Islam Perak sebagai Pegawai Zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau dilantik menjadi tutordi Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Hadis di Univeriti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2008 di bawah tajaan UPSI. Menyambung PhD di University of Jordan pada tahun 2011 juga di bawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Beliau dilantik menjadi Pensyarah Kanan di UPSI pada tahun 2015. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Sekarang beliau dilantik sebagai Profesor Madya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan diamanahkan sebagai Ketua Jabatan Pengajian Islam.